Dalam perjalanan Zulkarnain ke arah
barat, di sebut dalam surah Al-kahfi ayat 86 :
“Hingga apabila dia sampai ke tempat
terbenamnya matahari,dia melihat matahari terbenam pada laut yang berlumpur
hitam…..”
laut berlumpur hitam itu jika kita
anggapkan dengan perjalanan Raja Kurush bermula dari pusat empayarnya dari Iran
ke barat,maka bertemulah kita dengan Laut Hitam! Laut yang berlumpur hitam itu
adalah Laut Hitam kerana jika kita mengambil gambar dari udara,semua lautan
lain airnya berwarna kebiru-biruan kerana didasarnya adalah pasir,kecuali hanya
Laut Hitam yang berwarna hitam kerana dasarnya berlumpur hitam.
Selain itu ciri lain Zulkarnain
ialah beliau boleh menerima wahyu,seperti firman Allah dalam surah Al-Kahfi…
“…dan kami berkata wahai
Zulkarnain,kamu mampu menyiksa ataupun mampu berbuat kebaikan kepada mereka” – ayat 86.
Raja Kurush disebut dalam kitab
perjanjian lama seperti buku Isaiah,U’zair dan Chronicle… sebagai seorang raja
yang beriman. Jika diteliti sejarah, Raja Kurush menganut agama Zarathustra
yang dibawa oleh Nabi Zahathustra. Pada asalnya agama ini tidak menyembah api
dan ia adalah diantara empat agama wahyu ilahi.Namun lama kelamaan ia
diselewengkan seperti kristian diselewengkan kepada Trinity juga.Nama
Zarathustra bertukar kepada Zoroaster selepas itu di zaman yunani purba.Selepas
kedatangan islam mereka disebut ahli Al-kitab.
Ternyata raja Kurush seorang raja
yang pemaaf, tidak suka kepada pembunuhan, memberi kebebasan beragama dan
memperkenalkan hak asasi manusia dan seorang raja yang adil seperti yang
tercatat di Cyrus Cylinder.Raja Kurush adalah seorang hamba Allah yang beriman
dan takut pada Allah. Beliau telah membebaskan tawanan yahudi dan membenarkan
mereka pulang ke Jurusalem dan membina semula tempat ibadat yang pernah
dibangunkan oleh Nabi Sulaiman untuk menyembah Allah. Contoh lain ialah ketika Raja
Kurush menawan Lydia, rajanya yaitu Raja Croesus tidak dibunuh atau dizalimi
tetapi sebaliknya dilantik sebagai penasihat dan sahabatnya pula.
Ciri Zulkarnain yang lain ialah
beliau melakukan perjalanan ke arah Timur seperti firman Allah dalam surah Al-kahfi..
“Hingga ia sampai ke tempat
terbitnya matahari(timur) dan mendapati suatu kaum yang tiada bagi mereka
perlindungan”.
Sekali lagi dilihat Raja Kurush
memenuhi ciri ini kerana beliau pernah bergerak ke Timur yaitu pernah menakluki
Makran dan Sistani hingga ke Balkhan dan Afghanistan.
Ciri Zulkarnain yang lain ialah
membina benteng besi penghalang Yakjuj Makjuj sebagaimana Firman Allah dalam
surah al-Kahfi ayat 93-96 yang bermaksud :
“Hingga beliau(Zulkarnain) sampai
diantara dua pengadang,beliau mendapati suatu kaum yang hampir-hampir tidak
difahami bahasa mereka.Mereka berkata : Wahai Zulkarnain,sesungguhnya Yakjuj
dan Makjuj adalah orang-orang yang melakukan kerosakan di muka bumi,maka
bolehkah kami memberi kamu suatu pembayaran supaya kamu membina dinding antara
kami dan mereka(yakjuj makjuj).Maka berkata Zulkarnain : apa yang dikuasakan
oleh Tuhanku padanya adalah lebih baik,maka tolonglah aku dengan kekuatan
tenaga manusia dan alat alat supaya dapat aku membuat dinding antara kamu dan mereka.Berikanlah
kepada aku kepingan kepingan besi hingga apabila besi itu sama rata dengan
kedua-dua puncak gunung itu,dia pun berkata:Tiuplah! Sehingga selepas besi itu
menjadi merah seperti api,dia pun berkata : berilah kepadaku tembaga yang sudah
dilebur untuk aku tuangkan kepadanya”
[Al-Quran:surah Al-kahfi : 93-94 ]
Berkaitan dengan perkara di atas ,
Penduduk atau bangsa yang meminta bantuan dari Zulkarnain itu bukannya penduduk
atau komunitas yang sembarangan,mereka ini adalah bangsa yang kaya raya kerana
mereka sanggup membayar upah kepada seorang raja yang terkenal. Mengikut
pendapat ramai pakar sejarah, tembok Zulkarnain ialah satu tembok di kawasan
Kaukasus di kawasan barat laut Kaspia. Ukurannya ialah 50 batu panjang,29 kaki
tinggi dan tebalnya ialah 10 kaki.
Merujuk kepada penulisan Herodotus,
beliau mengatakan keturunan Makjuj disebut Scythian dalam bahasa Yunani. Ia
didukung oleh flavius Josephus selepas itu. Herodotus menulis bahawa Kaum
Scythian pernah menguasai Madia /Empayar Parsi selama 28 tahun dan selepas itu
mereka dikalahkan kembali oleh raja Kurush (Cyrus The Great).
Untuk mengetahui siapakah bangsa
yang meminta bantua Zulkarnain, marilah kita merujuk ayat Al-Quran ,kata-kata
Zulkarnain “maka tolonglah aku dengan kekuatan tenaga manusia dan alat alat
supaya dapat aku membuat dinding antara kamu dan mereka”. Ada yang
beranggapan ini bermaksud Zulkarnain hanya membantu mereka, sebenarnya mereka
telah mahir dan mempunyai alat-alat tersebut (telah pandai bukan kaum yang
primitif).
Maka siapakah bangsa misteri itu?
Jika menurut penulisan Herodotus, kaum Georgian adalah golongan yang pertama
sekali mengetahui cara melebur dan membentuk besi. Mereka berasal dari Selatan
Kaukasus. Kaum ini di kenali sebagai Kolchis oleh orang purba Yunani dan Rom.
Keturunan mereka telah disebut dalam kitab Genesis sebagai guru atau pengajar
kepada semua kemahiran dan pertukangan yang melibatkan besi dan tembaga
[Herodotus:Trans by William Beloe. (1831) :Jones&Co;University of Michigan]
Bangsa Armenia juga dikatakan mahir
dalam pencairan besi di zaman purba.Walaupun begitu mereka – [ orang-orang
Georgia dan Armenia] - selalu diserang oleh kaum dari utara yang disifatkan
sebagai ganas dan liar iaitu kaum Scythian dan Cimmerian.
Dicatatkan
bahawa dalam kurun ke 6 SM hingga ke 5 SM mereka dibawah taklukan Empayar Parsi
yang ditadbir oleh Dinasti Achaemenes.Maka,siapakah raja dari Dinasti
Achaemenes itu?... raja itu ialah… tidak lain dan tidak bukan Raja Kurush
(Cyrus The Great).
jika mereka sudah tahu dan mahir
membuat dan melebur besi,mengapa perlu meminta pertolongan Zulkarnain untuk
membuat tembok besi itu???
Jawabannya ialah sudah pasti mereka
meminta Zulkarnain membuat dan menyelenggarakan projek tersebut kerana pada
waktu itu mereka di bawah kekuasaan atau kerajaan Zulkarnain.Rakyat mestilah
memohon dan memaklum akan hasrat tersebut kepada pemerintah,Dengan bantuan
Zulkarnain dan pengawalan bala tenteranya sudah pasti projek tersebut telah
berjalan lancar selama 9 tahun dan siap tanpa gangguan dari kaum Scythian
sebelah utara!
Alasan yang lain ialah mungkin
mereka ingin teknologi pembinaan yang lebih canggih dari Zulkarnain yang ketika
itu raja yang menguasai Timur dan barat memandangkan tembok yang ingin dibina
ialah panjangnya 50 batu, 29 kaki tinggi dan tebalnya ialah 10 kaki itu tidak
mampu dibuat oleh mereka tanpa bantuan teknologi Zulkarnain. Bayangkanlah
bagaimanakah rupanya alat yang digunakan untuk MENIUP besi panas yang berwarna
merah itu sebelum ia di campurkan dengan tembaga yang sudah lebur keatasnya
seperti yang diterangkan dalam Al-Quran itu!
Jika disandarkan kepada kriteria
Zulkarnain,maka Raja Kurush adalah orang yang paling layak dan beliau terbukti
mempunyai teknologi yang hebat,contohnya ketika mengalihkan aliran sungai
Euphrate sehingga aras airnya menurun ke aras paha dan memudahkan tentera
berkudanya menyeberangi sungai tersebut lalu menakluki Babylon pada tahun 539
SM .
Kesimpulan
Maka Raja
Kurush dari Empayar Parsi itulah Zulkarnain, Dialah yang membina tembok besi
bercampur tembaga itu.
kaum
Georgian dan Bangsa Armenia adalah kaum yang meminta dibina tembok.
Pada masanya
Ya'juj dan Ma'juj adalah Kaum Scythian dan Cimmerian.
Sumber : http://rayhanmogerz.blogspot.com/2012/02/yajuj-dan-majuj-nabi-zulkarnain-as.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar